Thursday, 12 April 2012

SELESAI SUDAHHHHHH


Alhamdulilah selesai sudah VC masuk kan info bru utk tatapan korang semua,korang kene bce tau,ptg sgt benda ni,klu korang x bce korang x kan thu kan,k lah selamat mlm semua.

OHHHHHHHH MCM TU KE...............


Tips Bateri Laptop Tahan Lama


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tahu apa benda kat atas tu? Hah... Tak tahu?.. Tipu la. haha.. Sebenarnya gambar atas tu remote contol. Betul tak?.. hehe

Sebenarnya entri untuk kali ini lebih sesuai dibaca untuk mereka yang menggunakan laptop dan bukannya komputer desktop. Sebabnya, belum ada lagi komputer desktop yang menggunakan bateri untuk beroperasi. Tetapi kalau nak baca untuk menambahkan pengetahuan boleh juga. Nanti boleh la kongsi dengan kawan-kawan atau saudara mara yang ada menggunakan laptop kan. Sekarang ni dah banyak jenis bateri yang dijual di pasaran. Ada yang dibuat memang mempunyai kemampuan untuk beroperasi pada jangka masa yang lama namum sebarapa lamakah bateri itu mampu bertahan? Berikut adalah tip atau langkah-langkah pengjagaan untuk memastikan bateri laptop tahan lama:

1). Paling penting, jangan lupa untuk charge bateri baru anda sebelum digunakan. Biasanya kita akan terus menggunakan laptop kita yang baru dibeli tanpa charge terlebih dahulu. Ini akan menyebabkan bateri laptop anda mempunyai FCC (Full Charge Capasity) yang rendah berbanding nilai sebenar. Sebaiknya, chargelah bateri laptop anda terlebih dahulu sekurang-kurangnya 4 jam agar bateri laptop anda akan mencapai tahap maksimim charge yang boleh dimasukkan.

2). Semasa anda mengecas bateri laptop anda, apabila laptop sedang berfungsi cabut cable charger anda sekiranya bateri anda telah penuh 100% agar bateri anda lebih tahan lama dan tidak mudah rosak.

3). Bateri laptop akan panas sekiranya lama digunakan. Apabila bateri ditanggalkan dari laptop, letakkan di tempat yang sejuk.

4). Sebaiknya tanggalkan bateri laptop anda semasa anda menggunakan sumber kuasa dari luar.

5). Tambahkan Ram laptop anda agar penggunaan bateri sebagai sumber daya intensif dapat dikurangkan.

6). Sering melakukan penyelenggaraan(defraging) pada hardisk anda agar penggunaan kuasa berlebihan untuk pengoperasian laptop anda dapat dikurangkan. Boleh gunakan software yang banyak dipasaran seperti TuneUp Utilities untuk buat maintenance laptop anda.

7). Kurangkan penggunaan CD/DVD drive.

8). Bersihkan logam penyambung bateri (battery contacts) dengan laptop anda sekurang-kurangnya sekali sebulan agar bateri tahan lama.

Battery Contact


9). Gunakan software ReviverSoft Battery Optimizer untuk mengoptimumkan penggunaan bateri laptop anda. Boleh download kat SINI.


NaK bUnYi GeMpAk X............

Kuatkan Speaker Dengan DFX Audio Enhancer 9Share


Kuatkan Speaker Dengan DFX Audio Enhancer 9 

Anda nak bunyi yg gempak pd speaker bila lyn lagu @ lyn game,cube gne ni, mesti gempak lah.rasakan kelainannya.......
Kalau speaker anda slow dan perlukan kuasa tambahan untuk menguatkan lagi sound, gunakan software DFX Audio Enhancer 9 ni. Support Window Media Player, WInamp, Real Player, Divx Player, J.River Media Center, Musicmatch Jukebox dan Yahoo! Music Jukebox. 
Kalau nak beli yang full version ni harganya $39.99. Bukan ringgit, tapi dollar. Anda darabla sendiri kalau nak tau harganya. :-p. Tapi saya dah sediakan sekali keygen dalam tu untuk jadikan full version. Tak payah beli pun. 
Cara nak install senang je..Pastikan anda tutup dulu application Winamp, Real Player dengan Window Media Player. Install macam biasa lepas tu buka keygen, kalau anda install untuk winamp, cari winamp, klik generate.

Sama jugak kalau untuk lain-lain contohnya Real Player. Tapi pastikan anda install dulu sebab installer untuk Winamp, Real Player dengan Window Media Player lain-lain.


Dah siap generate boleh buka winamp contohnya, akan keluar DFX ni nanti, anda boleh adjust setting nak bunyi macam mana. Boleh tekan butang on @ off kalau tak nak guna. 
Bandingkan bunyi sebelum ni dengan sekarang..Layan...:-D


Sumber http://www.zuarxpdc.com/2009/11/kuatkan-speaker-dengan-dfx-audio.html#ixzz1rqYCGoEW

Sayangi laptop anda seperti diri sendiri.


37 Tips dan info mudah cara menjaga laptop.

Tips mudah bagi penjagaan peralatan laptop. Kurungan [ info ] adalah maklumat yang saling berkaitan dengan tips penjagaan laptop anda. Disarankan anda turut membaca info yang diberikan.
[ INFO ] Peralatan Laptop / notebook :
1. Kebanyakkan laptop pada masa kini adalah mampu untuk digunakan dalam tempoh yang lama, lebih dari 24 jam bahkan 7 hari seminggu. Penggunaan lebih lama bermaksud akan mengurangkan jangka hayat laptop tersebut. Namun, bagi setiap laptop, 3 tahun adalah tempoh outdated yang bermaksud teknologi laptop tersebut telah terkebelakang dan tidak serasi dengan yang terkini yang menyukarkan proses upgrade peralatan.
2. Kebanyakkan notebook hanya boleh di upgrade dari segi kapasiti RAM dan hard disk. Upgrade bagi processor dan boards adalah tidak mustahil tetapi agak sukar.
3. Laptop seringkali mempunyai masalah habuk di dalam casing yang menyekat pengaliran udara dan boleh menyebabkan kepanasan kepada komponen2 seperti processor dan RAM. Suhu yang tinggi boleh menyebabkan
4. Setiap komponen hardware mempunyai spesifikasi yang perlu di turuti sekiranya anda berfikir untuk upgrade kepada komponent yang lebih baru (latest). Contohnya: DDR1 dan DDR2 adalah berbeza dari segi speed dan keperluan voltage, bahkan kaki sambungan juga sudah berbeza. Komponent hardware yang terkini tidak semestinya serasi atau disokong oleh spesifikasi peralatan yang sedia ada. Semak spesifikasi terlebih dahulu sebelum upgrade.
5. Komponen elektronik bahkan peralatan (hardware) komputer seperti processor, ram, graphic card, hard disk dan motherboards mempunyai jangka hayat (life-span) yang tertentu. Life-span kebiasaanya dikira dalam unit kegunaan per jam. Contoh: hard disk kebiasaannya mempunyai life-span dalam 100,000 H yang bermaksud ianya tahan sehingga 100 000 jam penggunaan (12 tahun).
6. Peralatan yang rosak, kebiasaannya terus ditukar ganti dengan yang baru. Namun, spesifikasi peralatan yang baru haruslah boleh diterima oleh spesifikasi peralatan yg lama. Masalah stability biasanya terjadi disebabkan kecuaian memilih peralatan yang tidak disokong oleh spesifikasi peralatan yang baru dan lama.
7. Bateri notebook adalah satu alat yang dipakai buang. Tempoh penggunaan (life-span) bagi bateri biasanya hanya bertahan dalam 30,000 H (usage) ~ berkadaran dalam 3 tahun sahaja. Bateri tersebut harus digantikan dengan bateri yang sama spesifikasi.
8. Pendrive / Removable drive / USB drive / biasanya cepat rosak jika disambungkan pada port USB anda yang hampir dengan kawasan pemasangan bateri / exhaust fan heat sink processor.
9. Penggunaan komponen wired (berwayar) berbanding wireless (tanpa-wayar) adalah lebih stabil dan laju dari segi penghantaran data. Sekiranya tidak perlu, elak menggunakan komponen wireless.
10. Musuh utama komponent komputer adalah haba. Elak dari kawasan yang panas dan tidak baik pengudaraannya. Habuk yang byk dan tersekat di dalam casing menyebabkan pemindahan haba ke ruang udara tidak efisyen menyebabkan komponen cepat panas.
11. Laptop boleh dimatikan dengan beberapa cara, antaranya dengan menekan butang power on / off selama beberapa saat (4 saat dan lebih). Namun, ianya tidak digalakkan. Jika laptop menjadi hang, guna button reset (jika ada). Jika perlu juga mematikan / shutdown, pastikan lampu indicator bagi hard disk tidak meny
12. Antara bahagian bawah laptop yang sering menjadi panas adalah di bahagian terletaknya processor, heatsink, harddisk, ram dan bateri.

[ TIPS ] Penjagaan laptop / notebook:
1. Elak guna laptop sekiranya rumah anda grounding tidak baik semasa guruh kilat. Boleh menyebabkan litar pintas dan kerosakan pd komponen PSU (power supply unit) dan wired network card bahkan keseluruhan boar dan komponen dalaman.
2. Elak selalu format hard-disk secara low-level, mahupun full format, akan memendekkan jangka hayat hard disk. Guna quick format sebaiknya.
3. Elak guna bateri semasa bekalan elektrik dari plug tersedia. Namun, kebanyakkan notebook pada masa kini adalah auto disconnected sekiranya bekalan elektrik dari plug disambung.
4. Elak dari menutup ruang udara di bawah laptop. Boleh menyebabkan kepanasan pada komponen laptop yang menyumbang kepada masalah stabiliti (laptop terpadam sendiri dan sebagainya.)
5. Elak menggunakan laptop pada tempat yang tertutup dan panas.
6. Elak menggunakan plug cable yang berkongsi dengan peralatan elektrik yang menggunakan tenaga elektrik tinggi, seperti peti ais, heater air, seterika dan sebagainya. Boleh memendekkan jangka hayat peralatan disebabkan arus elektrik yang tidak sekata.
7. Gunakan kipas penyejuk tambahan bagi ruangan di bawah laptop sekiranya mampu. Ia sangat membantu pengaliran udara diruangan bawah laptop yg sangat terkesan dengan haba.

8. Hantar untuk servis bagi membuang habuk yang terlekat di celahan heat sink processor dalam skala setahun sekali. Vacuum tidak mampu membuang habuk sepenuhnya. Membuka casing laptop memerlukan ketelitian dan pengetahuan, jadi anda tidak digalakan untuk mencuba sendiri.
9. Guna pembersih yang tidak menghakis untuk mencuci sebarang peralatan laptop. Gunakan kapas bagi membersihkan skrin LCD dengan pembersih skrin.
10. Guna berus cat yang masih belum digunakan dan masih lembut untuk membuang habuk di persekitaran skrin dan keyboard. Buang habuk yang melekat terutamanya di kipas process dan motherboard dengan memberus keluar perlahan2.
11. Pastikan laptop diceraikan dari bateri semasa dimasukkan kedalam beg. Mengelak dari kesan jangkamasa panjang hayat bateri dan mengelak kecurian.
12. Periksa kebocoran arus elektrik dengan menggunakan test-pen (boleh dibeli di mana2 kedai elektrik dan elektronik) dengan menyentuh test-pen pada casing / peralatan laptop. Sekiranya lampu test-pen bernyala, kebocoran elektrik wujud. Boleh mengakibatkan kerosakan komponent terutamanya laptop monitor dan motherboard. Periksa soket plug atau tukarkan soket baru. Jika menggunakan extension plug, gantikan dengan yang baru.
13. Beli / ganti peralatan komputer yang berkualiti. Barangan yang berkualiti adalah lebih tahan lama dan lebih efisyen. Kebiasaanya barangan berjenama dan berqualiti adalah mahal sedikit namun berbaloi untuk jangka masa yg lebih lama.
14. Elak meninggalkan laptop di dalam kenderaan terlalu lama di kawasan yang panas.
15. Elak menggunakan wired network semasa kilat, terutama sekiranya tiada lightning protection bagi talian telefon dan elektrik. Bole menyebabkan kerosakan pada modem dan network card.
16. Elak menyerahkan laptop anda untuk dibaiki tanpa sebarang rekod salinan peralatan dan spesifikasi laptop anda yang sedia ada. Kecurian dari segi komponent mudah terjadi. Merugikan anda sekiranya berlaku tanpa anda ketahui.
17. Guna kesington key bagi mengunci laptop di meja. Mengelak dari kecurian ketika anda tiada bersama laptop.
18. Elak menyentuh skrin LCD dengan menggunakan jari atau peralatan tajam. Boleh mengakibatkan kerosakkan (death) pixel pada skrin.
19. Jangan mematikan (shutdown) laptop dengan terus mematikan switch plug atau dengan menekan butang on / off pd computer selama beberapa saat. Boleh mengakibatkan kehilangan / corrupted / bad sector pada hard disk / file. Juga memendekkan jangka hayat hard disk.
20. Elak dari menggunakan beg laptop yang nipis dan tidak mempunyai ketahanan. Mengelak dari retakan pada casing laptop atau sebarang kecacatan yang boleh terjadi.
21. Jangan menggunakan terlalu banyak peralatan yang disambung pada port USB sekiranya tidak perlu. Setiap peralatan / hardware menggunakan peratusan tenaga (dalam unit Watt) yang boleh mengakibatkan kekurangan / bekalan power (Watt) tidak mencukupi bagi hardware lain. Mengakibatkan stabiliti terganggu dan sesetengah kes, boleh menyebabkan kepanasan melampau pada port USB yang boleh mengakibatkan kerosakan pada alat (seperti Pendrive)
22. Sekiranya keyboard anda rosak dan tidak mampu untuk menggantikan dengan yang baru, beli soft-keyboard yang boleh digulung dan diperbuat daripada silikon. Mudah untuk digunakan dan amat selesa.
23. Sekiranya monitor anda rosak dan tidak mampu untuk menggantikan LCD baru, jadikan laptop tersebut sebagai PC dengan menyambung ke monitor luaran seperti LCD / CRT / Projektor.
24. Jika laptop berbunyi bising, hantar servis untuk membuang kotoran yang terlekat pada kipas atau heat sink laptop.
25. Jangan sesekali memasukkan DVD / VCD bersaiz kecil kedalam DVD / VCD player yang jenis auto insert and eject (slot-in type). Boleh merosakkan DVD / VCD player anda.



Wednesday, 11 April 2012

sekian dahulu..........







Ada bebrapa info baru yg VC dah msk kan, so anda kene bce tau, wlupun dah thu tp x slhkan bce untuk kli ke 2 kan, tambahkan ilmu anda,semoga info yg VC berikan ni bermanfaat utk anda semua k, selamat membc dan menambah ilmu anda.




Ohhhhhh itu rupanya IT.





Apa itu teknologi maklumat,adakah anda semua th ttgnya,ni VC nak kongsi dgn anda spy yg x th akan th dan yg dah thu akan lebih thunya.

Apa Itu Teknologi Maklumat?
Teknologi Maklumat (Information Technology-IT) sering digambarkan sebagai istilah yang timbul hasil penggunaan komputer, penyiaran, telekomunikasi dan rangkaian data. Tiga teknologi asas yang menyokongnya ialah perkakasan komputer, perisian komputer dan komunikasi data.
Teknologi maklumat terhasil daripada gabungan teknologi elektronik mikro, telekomunikasi dan komputer yang berkaitan dengan penerimaan dan penyampaian maklumat seperti perkataan, gambar, bunyi dan nombor kepada pengguna secara elektronik.

Perkakasan komputer merupakan mesin atau alat fizikal yang melakukan fungsi-fungsi asas kitaran pemprosesan data sama ada di luar talian ataupun di dalam talian. Fungsi-fungsi tersebut ialah penyediaan dan kemasukan data, pemprosesan, storan, input dan output.

Perisian pula merupakan jujukan arahan yang terperinci atau aturcara yang direkabentuk untuk mengarahkan komputer melaksanakan fungsi tertentu. Terdapat dua jenis perisian iaitu perisian sistem dan perisian aplikasi.

Komunikasi data ditakrif sebagai pemindahan data dari satu tempat ke tempat yang lain secara elektronik dalam bentuk digital. Bagaimanapun, data digital perlu ditukar kedalam bentuk analog oleh modem sebelum komunikasi dijalankan. Contoh perkakasan komunikasi lain ialah Pemultipleks, Pemproses Hujung Hadapan dan Kad Antaramuka Rangkaian (Network Interface Card).












sEjArAh It, KeNe bAcE nI

SEJARAH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
kt semua thu ttg teknologi maklumat,tp pd hakikatnya anda semua thu ke ttg sejarah perkembangan teknologi maklumat,setiap perkara itu ada sejarah nya seperti kt manusia,  yg ada sejarahnya tersendiri.......
Perkembangan IT bermula apabila Generasi Komputer Digital wujud. Generasi pertama wujud pada tahun 1951-1958. Pada ketika itu tiub vakum telah digunakan sebagai elemen logik utama. Input terhadap komputer menggunakan kad tebuk dan data disimpan dengan menggunakan storan luaran. Storan dalamannya pula menggunakan drum magnetik. Aturcara ditulis dalam bahasa mesin dan bahasa himpunan.
Generasi Kedua (1959-1963) menggantikan tiub vakum dengan transistor sebagai elemen logik utama. Pita magnetik dan cakera pula telah menggantikan kat tebuk dan bertindak sebagai peralatan storan luaran. Bahasa pengaturcaraan aras tinggi digunakan untuk membuat aturcara seperti FORTRAN dan COBOL.
Transistor pula telah digantikan dengan litar bersepadu pada era Generasi Ketiga (1964-1979). Pita magnetik dan cakera menggantikan kad tebuk sepenuhnya dan ingatan metal oksida semikonduktur (MOS) diperkenalkan. Bahasa lebih tinggi telah dibangunkan seperti BASIC.
Komputer Generasi Keempat seperti hari ini menggunakan litar bersepadu berskala (LSI dan VLSI). Mikroprosessor mengandungi litar ingatan, logik dan kawalan direka dalam satu cip sahaja. Komputer pribadi mula diperkenalkan oleh Apple (1984) dan IBM (1981) untuk kegunaan di rumah. Sistem pengoperasian MS-DOS digunakan secara meluas. Bahasa pengaturcaraan generasi keempat yang dibangunkan adalah seperti Visual C++ dan Visual Basic dengan ciri-ciri pengguna antaramuka bergrafik.



Monday, 9 April 2012

Nak thu cara lajukan firefox

Sering mengalami ganguan ktk melayari internet,lps ni x kan ada masalah lg,so kene bce benda ni k.

AUG/111


firefox-logoAntara pelayar internet yang paling popular disamping Internet Explorer (datang secara default dengan windows), ialah pelayar Firefox. Versi terkini Firefox ialah 5.0
Kali ini saya kongsikan tips untuk melajukan pelayar internet Firefox 5.0 supaya anda dapat melayari internet dengan cepat dan tanpa masalah hanging... Insyaallah.
  1. Taipkan "about:config" pada ruang address
  2. Firefox akan memaparkan mesej seperti di bawah, Klik pada butang tersebut.
  3. gunakan Filter untuk mengubah nilai parameter seperti di bawah.
a. Set “network.http.max-connections” : 64
b. Set “network.http.max-connections-per-server” : 21
c. Set “network.http.max-persistent-connections-per-server” : 8
d. Set “network.http.pipelining” : true
e. Set “network.http.pipelining.maxrequests” : 100
f. Set “network.http.proxy.pipelining” : true

Sekian, selamat mencuba                      

Thursday, 5 April 2012

CuKuP uNtUk HaRi iNi




Image Detail





Image Detail
Selamat malam semua,ada beberapa info bru yg VC bru msk kan dlm blog VC, diharap korang semua sudi2 kan lah membaca ye, semoga info yg VC kongsikan dgn korang blh dimanfaatkan bersama ye, k lah VC pun ada tugasan lain yg perlu dselesaikan,sampai bertemu lg k,Assalamualaikum dan selamat malam semua.







Image Detail

KeNe BaCa KlU nAk Th

Image Detail




Hai,pernah dengar pasal ubuntu x, mesti terfikif2 apa lah benda ni,klu nak thu kene bce lah ye.


Ubuntu ialah sistem pengendalian yang berasaskan edaran Linux Debian, memetik namanya sempena ideologi etika Afrika Selatan iaituUbuntu("kemanusiaan untuk semua")[2] dan diedarkan sebagai perisian sumber terbuka percuma. Ubuntu menyediakan sistem pengendalian yang sentiasa dikemas kini dan stabil untuk pengguna biasa, dengan tumpuan khusus kepada kebolehgunaan dan kesenangan pemasangan. Ubuntu dibina khas untuk digunakan secara utama pada Komputer peribadi walaupun terdapat juga versi Pelayan.
Ubuntu terdiri daripada berbilang pakej perisian yang kebanyakan besarnya diedarkan dengan lesen perisian bebas (atau sumber terbuka). Lesen utama yang digunakan ialah Lesen Awam Am GNU (GNU General Public License), bersama dengan Lesen Awam Am Kecil GNU (GNU Lesser General Public License), yang nyata mengisytiharkan bahawa para pengguna bebas menjalankan, menyalin, mengedar, mengkaji, mengubah, membangunkan dan menambah baik perisiannya.
Ubuntu ditaja oleh syarikat Canonical Ltd. yang bertapak di UK, milik usahawan Afrika Selatan, Mark Shuttleworth. Dengan memastikan Ubuntu kekal percuma dan bersumber terbuka, Canonical mampu menggunakan bakat para pembangun komuniti di komponen-komponen juzuk Ubuntu. Ubuntu tidak dijual untuk keuntungan semata-mata, sebaliknya Canonical meraih pendapatan dengan menjual sokongan teknikaldan mencipta sebilangan perkhidmatan yang berkaitan dengan Ubuntu.

CIRI2 UBUNUTU

Ubuntu memberikan tumpuan kepada kebolehgunaan[12] dan keselamatan. Pemasang Ubiquity membolehkan Ubuntu dipasang dalam cakera keras dari dalam persekitaran Live CD tanpa perlu mengebut semula komputer sebelum dipasang. Ubuntu juga menekankan kebolehcapaian dan pengantarabangsaan untuk dinikmati seberapa banyak pengguna yang termampu. Mulai versi 5.04, UTF-8 menjadi pengekodan aksara asal[13] yang membolehkan sokongan untuk pelbagai tulisan bukan Rumi. Sebagai ciri-ciri keselamatan, alat sudo digunakan untuk memberikan keistimewaan sementara untuk menjalankan tugas-tugas pentadbiran, maka membolehkan akaun akar kekal dikunci, serta melarang pengguna tidak berpengalaman dari tidak sengaja melakukan perubahan sistem yang memudaratkan atau membocorkan keselamatan.[14] PolicyKit turut dilaksanakan secara meluas ke dalam desktop untuk memperkukuhan lagi sistem melalui prinsip keistimewaan terkurang.
Desktop Ubuntu didatangkan dengan paparan antara muka bergrafik. Bermulanya versi 11.04, Unity menjadi paparan antara muka bergrafik yang didatangkan secara lalai untuk menggantikan GNOME Shell.
Ubuntu didatangkan dengan pelbagai perisian termasuklah LibreOffice (OpenOffice sebelum versi 11.04), Firefox, Empathy (Pidgin sebelum versi 9.10), Transmission, GIMP (sebelum versi 10.04), dan beberapa permainan yang bersifat ringan (seperti Sudoku and Catur). Perisian tambahan yang tidak didatangkan secara lalai boleh dimuat turun dan dipasang melalui Pusat Perisian Ubuntu. Ubuntu membolehkan port perangkaian ditutup dengan tembok apinya, dengan adanya pilihan port yang tersuai. GNOME (desktop asal) menawarkan sokongan untuk lebih 46 bahasa.[15] Ubuntu juga boleh menjalankan banyak program yang direka untuk Microsoft Windows (seperti Microsoft Office), melalui perisian Wine atau mesin maya (seperti VMware Workstation atau VirtualBox).




Awak semua th x.



Apa itu Operating System

Tahukah anda, apa itu Operating System? Lebih mudah disebut sebagai OS, ia membawa maksud Sistem Pengoperasian. Windows XP adalah sejenis OS, begitu juga dengan Windows Vista danWindows 7, kesemuanya datang dari keluarga Windows NT. Selain daripada Microsoft Windows yang anda kenali, terdapat juga OS lain seperti Unix yang selalu dijalankan di server; Mac OS X yang dijalankan pada komputer Apple; serta Linux seperti Ubuntu, Fedora, dan Knoppix.
Dalam sebuah komputer, OS berfungsi sebagai perantara di antara software dan hardware. Ia juga bertanggungjawab dalam mengagihkan sumber komputer – seperti memori dan CPU – kepada setiap aplikasi yang dijalankan.
Katakanlah anda sedang menaip surat menggunakan Microsoft Word. Apabila anda ingin mencetak dokumen tersebut, OS akan bertanggungjawab untuk menyampaikan arahan dari Microsoft Word (software) kepada printer (hardware). Interaksi lazim antara software dan hardware ini diuruskan oleh OS supaya aplikasi tersebut tidak perlu menguruskannya sendiri, sekaligus memudahkan programmer membuat aplikasi.

Wednesday, 4 April 2012

Tips memilih Laptop



Tips memilih dan membeli laptop


tips membeli laptop
Jika anda berimpian untuk membeli laptop baru, pastikan anda membuat pilihan yang bijak terlebih dahulu. Ramai orang yang membeli laptop baru hampa kerana tertipu dengan reka bentuk luaran yang cantik dan nampak canggih padahal spesifikasi entah apa-apa. Ada juga yang terpengaruh dengan iklan dan promosi melampau oleh promoter kedai komputer.
Bagi saya, kalau anda sanggup berbelanja beribu2 anda kena lah membeli laptop yang betul2 bagus dan berbaloi dengan harga yang anda bayar itu. Tak gitu?
Artikel ini ditulis bagi membolehkan anda mempunyai sedikit idea tentang tips memilih dan membeli laptop. Saya akan tekankan mengenai beberapa aspek dan kriteria penting dalam memilih jenis laptop.
1. Model laptop
alienware, alienware notebook, alienware laptop, gaming laptop, coolest laptop, gaming notebook
Laptop ada berbagai jenis model dari beberapa jenis pengeluar. Antaranya Acer, Compaq/HP, Dell, Toshiba, Fujitsu, Lenovo, Sony dll. Kalau di Malaysia, laptop Acer paling ramai orang pakai, dan di peringkat dunia pula laptop Dell menjadi pilihan utama pengguna.
Rajin2kan diri berkunjung ke kedai komputer berhampiran atau jika tinggal area KL boleh berkunjung ke plaza lowyat untuk survey model2 laptop yang sedang laris di pasaran. Atau anda boleh membuat survey secara online dengan berkunjung ke blog dan forum komputer untuk mendapatkan senarai harga dan juga membaca reviu dari pengguna.
Saya cadangkan beberapa link di bawah sekiranya anda ingin membuat survey mengenai laptop.
Masa pc fair juga banyak jenis model laptop akan dijual dengan harga yang lebih murah dari biasanya. Oleh itu, jika ada masa anda boleh berkunjung juga ke pc fair untuk membuat survey laptop.
2. Spesifikasi Laptop
Untuk apa anda gunakan laptop? Sekadar kerja menaip, surfing, dengar lagu dll? Atau untuk kerja berat seperti photoshop dan 3d gaming? Anda perlu memilih spesifikasi laptop yang sesuai dengan tahap penggunaan laptop anda. Jika sekadar untuk kerja pejabat tidak perlulah membeli laptop dengan processor dan graphic yang canggih dan mahal. Cukuplah sekadar menggunakan low end to mid end laptop sahaja.
a. Processor
intel core i7, i7, core i7, intel chip, microchip, microprocessor
Contoh processor ialah – Intel Core 2 Duo Processor T6400 (2mb L2 Cache, 2.00 GHZ, 800 MHZ FSB) dan AMD Turion X2 Dual-Core Mobile Processor RM-75).
Apa yang penting ialah clock speed dan jumlah l2 cache. Secara teorinya, processor dual core 2.20GHZ sudah tentu lebih laju dari processor dual core 1.9GHZ. Jika anda perlukan processor yang laju sekurang2nya pilih processor dengan clock speed 2.00GHZ ke atas.
Processor intel ada beberapa jenis, antara Pentium Dual Core, Core 2 Duo, Core 2 Solo, Core 2 Quad, Core i7 dll. Jika menggunakan laptop untuk tujuan kasual memadailah dengan memilih processor pentium dual core dan core 2 duo. Manakala core 2 quad dan core i7 pula sangat mahal dan  biasanya pengguna kasual tidak memerlukannya, melainkan hardcore gamers dan geng2 developer.
Kelebihan memilih processor jenis AMD Turion X2 pula ialah harga jauh lebih murah dan biasanya ada onboard ATI Radeon graphics. Sesuai untuk gamers. Kebanyakan laptop menggunakan processor intel lebih mahal dan biasanya mempunyai graphic intel graphics media accelerator (GMA).
b. Ram – random access memory
Ram laptop model sekarang biasanya mempunyai ram sekurang2nya 1 gig atau 2gig. Contoh, compaq presario cq20-317tu mempunyai system memory 2048MB (800MHZ) ddr2/max 4gig. Mempunyai kapasiti ram yang lebih tinggi sememangnya lebih baik kerana ia menjamin kelajuan laptop dan laptop juga akan menjadi lebih “responsive”.
Windows XP – sekurangnya2 anda perlu ada ram 1 gig ke atas
Windows Vista – sekurangnya anda perlu ada ram 2gig ke atas
Windows Seven – sekurangnya anda perlu ada ram 1 gig ke atas
Kebanyakan laptop anda boleh free upgrade kepada kapasiti tertentu contohnya 3gig ddr2 800mhz dan juga 4gig ddr 800mhz. Atau jika tiada free upgrade, anda boleh beli laptop ram dan pasang sendiri di laptop anda. Ram 1gig anda boleh dapat dalam lingkungan rm60+- dan ram 2gig anda boleh dapat dalam rm100+-.
c. Graphics
Kebanyakan laptop mempunyai chip intel graphics media accelerator (gma) dan sesetengah laptop mempunyai chip Nvidia dan ATI. Laptop dengan chip Nvidia dan ATI biasanya digunakan untuk tujuan gaming dan mempunyai harga lebih mahal dari laptop dengan chip graphic intel.
Sekiranya anda pengguna kasual anda tidak perlu mengeluarkan wang lebih untuk mendapatkan laptop dengan chip Nvidia/ATI. Ini kerana laptop dengan chip intel graphics sudah lebih daripada cukup untuk kegunaan kasual anda. Dengan intel graphics model baru anda sudah mampu menonton video HD dan bermain game2 pc juga.
Sekiranya anda kurang pasti dengan kemampuan chip graphic laptop anda boleh google, contohnya – ATI Radeon HD 3540 gaming performance, Intel GMA 4500M HD benchmark, Nvidia Geforce 9600M vs ATI Radeon HD dll.
d. Lain2 spesifikasi teknikal
Hard disk, Sound, Web Cam, Bluetooth, Battery, Wireless dll biasanya tidak banyak mempengaruhi performance sesebuah laptop. Untuk mengetahui kualiti sound misalnya, minta tokey kedai untuk membuat demo kepada anda terlebih dahulu barulah anda dapat tahu tahap kebagusan sound sesebuah laptop itu.
Biasanya laptop mempunyai hard disk 160gig, 250gig dan 320 gig. Jika anda rasa space tidak cukup anda boleh beli notebook hard disk atau beli usb external hard disk. Bateri laptop juga mempunyai beberapa jenis seperti 4-cell, 6-cell dan 9-cell. Jika inginkan bateri yang tahan lama pilih bateri 6-cell dan 9-cell.
e. Sistem Operasi / Operating System (OS)
windows 7 activation, windows 7 crack, windows 7, windows 7 ultimate, windows 7 wallpaper, windows 7 oem, windows 7 screenshot,
Jika anda tengok laptop itu mempunyai freedos, itu bermaksud laptop itu tidak mempunyai sebarang sistem operasi. Anda boleh install sendiri windows xp atau vista. Sesetengah laptop juga dijual dengan OS linux seperti Ubuntu dan Linpus.
Laptop model baru biasanya mempunyai sistem operasi Windows Vista. Windows XP pula jarang digunakan oleh OEM sekarang. Jika ingin membeli laptop dengan OS Vista, jangan lupa tanya pada tokey kedai, ada tak free upgrade kepada windows seven. Kalau ada free upgrade kepada windows seven itu sangat bagus lah, tak perlu susah2 anda beli dvd baru untuk upgrade nanti.
Jangan lupa tanya tokey ada tak cd driver untuk laptop anda, nanti senang hendak format tak perlu lah anda cari secara manual.
3. Warranty
Biasanya laptop ada 2 jenis warranty iaitu International Warranties dan Local Warranties. Tempoh warranty pula biasanya 1 tahun sahaja. Kalau boleh anda cuba dapatkan warranty yang lebih lama sehingga 2 atau 3 tahun dengan cara free upgrade atau bayar lebih harga laptop.
Warranty penting, kerana jika ada apa2 berlaku pada laptop anda bolehlah anda hantar repair atau tukar baru secara percuma. Manalah tahu, tengah minum kopi sambil menulis blog tiba2 tertumpah air kopi ke atas laptop dan laptop tiba2 tak hidup terus. Untungnya kalau laptop anda ada warranty masa tu kan?
4. Notebook vs Netbook

acer, acer notebook, acer laptop, komputer acer, acer computer, acer komputer
Acer Notebook
acer, acer notebook, acer laptop, komputer acer, acer computer, acer komputer, acer netbook, netbook acer
Acer Netbook
Notebook ialah nama lain bagi laptop. Komputer riba yang biasa anda gunakan itu ialah notebook, dan anda tidak boleh confius dengan netbook.
Netbook ialah laptop mini dan keupayaannya cukup untuk anda melayari internet, mendengar lagu, kerja2 microsoft office dll. Netbook mempunyai saiz lcd yang kecil, kebiasaannya menggunakan processor intel atom.
Kebaikan menggunakan netbook ialah ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja serta mempunyai ketahanan bateri yang lebih berbanding laptop biasa. Akan tetapi, disebabkan netbook biasanya mempunyai processor dan kapasiti ram yang rendah maka ianya tidak mampu digunakan untuk membuat multi-tasking dan kerja2 berat.
Antara model netbook popular ialah Asus Eeepc, Acer Aspire One dll. Harga netbook biasanya antara rm1000-rm2000 bergantung kepada spesifikasi.
5. Model laptop pilihan
Compaq Presario CQ40-504AU, compaq cq-40, compaq laptop, compaq notebook, compaq netbookCompaq Presario CQ40-504AU
– RM 1899

AMD Turion 64X2 Dual-core RM-75,
freedos,
2048mb 800MHz ddr2 ram, 250GB hard disk, 14” widescreen,
Ati Radeon HD 3200 graphics,
DVD-RW Double Layer,
Integrated Webcam,
Wireless 802.11 b/g
dell inspiron 14. dell notebook, dell laptop, dell netbookDell Inspiron 14 – RM2399

Intel Core 2 Duo Processor T6500 (2.10GHZ)
Genuine Vista Home Premium
3GB DDR2 SDRAM
14.0” HD LED Display
Intel GMA 4500HD
1 Year limited hardware warranty
Acer Aspire 4535-751G25MN, acer 4535, acer timeline, acer malaysia, acer laptop, acer netbookAcer Aspire 4535-751G25MN – RM1799

AMD Turion X2 RM-75 (2.20GHZ 1MB l2 Cache)
1 Gig RAM (Max 4gig)
ATI Radeon HD 3200 Graphics 256MB
14” LED Display
250GB Sata HDD
1 Year limited warranty (can add 2nd and 3rd Years local warranty)
Toshiba Satellite L510 – S431, toshiba laptop, toshiba notebook, toshiba netbookToshiba Satellite L510 – S431 – RM2499
Intel Core 2 Duo T6500 (2.1GHZ, 2MB l2 Cache)
2GB DDR2 RAM, 320GB Sata HDD
Intel GMA 4500M HD – up to 829MB
Genuine Vista Home Premium SP2
1 Year limited warranty
ASUS k40AB, asus laptop, asus notebook, asus netbook
ASUS k40AB – RM2XXX
AMD Athon64 X2 QL64 2.1GHz 1MB total L2 cache
OS: Red Flag Linux (optional Windows Vista)
2GB DDR2-667 stock, up to 4GB
ATI Mobility Radeon™ HD4570 with 512MB DDR2 VRAM 680Mhz core 500MHz memory with onboard HD 3200 via PowerXpress
Chipset: AMD 780G northbridge + SB700 southbridge
Display: 14” HD LED-backlit LCD 1366×768 resolution
Hard Disk Drive: 250GB Hitachi SATA 5400rpm