
Hai,pernah dengar pasal ubuntu x, mesti terfikif2 apa lah benda ni,klu nak thu kene bce lah ye.
Ubuntu ialah sistem pengendalian yang berasaskan edaran Linux Debian, memetik namanya sempena ideologi etika Afrika Selatan iaituUbuntu("kemanusiaan untuk semua")[2] dan diedarkan sebagai perisian sumber terbuka percuma. Ubuntu menyediakan sistem pengendalian yang sentiasa dikemas kini dan stabil untuk pengguna biasa, dengan tumpuan khusus kepada kebolehgunaan dan kesenangan pemasangan. Ubuntu dibina khas untuk digunakan secara utama pada Komputer peribadi walaupun terdapat juga versi Pelayan.
Ubuntu terdiri daripada berbilang pakej perisian yang kebanyakan besarnya diedarkan dengan lesen perisian bebas (atau sumber terbuka). Lesen utama yang digunakan ialah Lesen Awam Am GNU (GNU General Public License), bersama dengan Lesen Awam Am Kecil GNU (GNU Lesser General Public License), yang nyata mengisytiharkan bahawa para pengguna bebas menjalankan, menyalin, mengedar, mengkaji, mengubah, membangunkan dan menambah baik perisiannya.
Ubuntu ditaja oleh syarikat Canonical Ltd. yang bertapak di UK, milik usahawan Afrika Selatan, Mark Shuttleworth. Dengan memastikan Ubuntu kekal percuma dan bersumber terbuka, Canonical mampu menggunakan bakat para pembangun komuniti di komponen-komponen juzuk Ubuntu. Ubuntu tidak dijual untuk keuntungan semata-mata, sebaliknya Canonical meraih pendapatan dengan menjual sokongan teknikaldan mencipta sebilangan perkhidmatan yang berkaitan dengan Ubuntu.
CIRI2 UBUNUTU
Ubuntu memberikan tumpuan kepada kebolehgunaan[12] dan keselamatan. Pemasang Ubiquity membolehkan Ubuntu dipasang dalam cakera keras dari dalam persekitaran Live CD tanpa perlu mengebut semula komputer sebelum dipasang. Ubuntu juga menekankan kebolehcapaian dan pengantarabangsaan untuk dinikmati seberapa banyak pengguna yang termampu. Mulai versi 5.04, UTF-8 menjadi pengekodan aksara asal[13] yang membolehkan sokongan untuk pelbagai tulisan bukan Rumi. Sebagai ciri-ciri keselamatan, alat sudo digunakan untuk memberikan keistimewaan sementara untuk menjalankan tugas-tugas pentadbiran, maka membolehkan akaun akar kekal dikunci, serta melarang pengguna tidak berpengalaman dari tidak sengaja melakukan perubahan sistem yang memudaratkan atau membocorkan keselamatan.[14] PolicyKit turut dilaksanakan secara meluas ke dalam desktop untuk memperkukuhan lagi sistem melalui prinsip keistimewaan terkurang.
Desktop Ubuntu didatangkan dengan paparan antara muka bergrafik. Bermulanya versi 11.04, Unity menjadi paparan antara muka bergrafik yang didatangkan secara lalai untuk menggantikan GNOME Shell.
Ubuntu didatangkan dengan pelbagai perisian termasuklah LibreOffice (OpenOffice sebelum versi 11.04), Firefox, Empathy (Pidgin sebelum versi 9.10), Transmission, GIMP (sebelum versi 10.04), dan beberapa permainan yang bersifat ringan (seperti Sudoku and Catur). Perisian tambahan yang tidak didatangkan secara lalai boleh dimuat turun dan dipasang melalui Pusat Perisian Ubuntu. Ubuntu membolehkan port perangkaian ditutup dengan tembok apinya, dengan adanya pilihan port yang tersuai. GNOME (desktop asal) menawarkan sokongan untuk lebih 46 bahasa.[15] Ubuntu juga boleh menjalankan banyak program yang direka untuk Microsoft Windows (seperti Microsoft Office), melalui perisian Wine atau mesin maya (seperti VMware Workstation atau VirtualBox).
No comments:
Post a Comment